Cik bom mulakan blog ni pada 02/03/2011. Maksudnya dah nak masuk minggu ke -3 usaha cik bom makan secara sihat untuk kekal sihat. Kalau awal2 dulu cik bom hanya bawak bekal breakfast je, tapi slow2 cik bom dah bawak bekal untuk makan tengahari.
Last week kebanyakkan lunch cik bom masak simple2 je. Selalunya cik bom masak spegeti sebab senang, campak je semua sekali. So minggu ni cik bom tukar menu. Tengahari dah start masak nasi. Cik bom lupalah pulak hari isnin cik bom masak apa. Itu yg kena hari2 update sebenarnya...:(
Ha! da ingat!! pagi cik bom bawak scrambled eggs letak mushroom, cili benggala dan cili merah dan sekeping cheese. Tengahari pulak cik bom makan bubur nasi sikit dan tart telur sebiji.
Okeh, semalam pagi cik bom makan kuih gulung berinti daging 2 keping. Besar jugakla portion kuih tu. Pastu tengahari cik bom masak ikan kerisi masak asam rebus dan sayur sawi goreng. Hari ni untuk breakfast cik bom bawak salad dan ayam makan dengan roti wholmeal sekeping. Ada snack apam pisang 3 ketul dan lunch cik bom ikan goreng kecik 2 ekor dan sayur bayam masak air.
Best wo makan hasil masakan sendiri. Puas hati gitu.. Moga kekal gigih memasak hari2.. go cik bom go!!!
No comments:
Post a Comment