Masak hari-hari ni buat kita buntu. Apa la nak masak hari ni ek? Untuk elakkan pembaziran, cik bom cuma beli cukup2 je untuk seminggu lebih kurang. Hari isnin haritu cik bom pegi pasar malam beli ikan kerisi 2 ekor, ikan cencaru sekor, ikan tamban saiz sederhana 4 ekor. Cik bom beli ikan je sebab nak kurangkan makan ayam...huhuhuhu..sedap tu makan ayam....huhuhu..humang ai..
Malam semalam cik bom dah siap masak semua nasi ngan lauk. Pagi cuma panaskan dan masak sayur je. Tapi semalam cik bom dah penin nak breakfast apa..So, dalam mamai-mamai pagi tadi cik bom masak je la bubur oats dan sayur2 untuk breakfast. Tapi kali ni bubur oats tu cik bom letak daging sikit dan sayur brokoli dan lobak.
Lauk tengahari ni lauk pebret suami cik bom. Kesian dia dah lama tak makan lauk ni. Cencaru belah belakang!!! Cik bom tumis sambal sampai kering sikit lepastu sumbat je dalam cencaru. Ikan tu goreng dengan minyak sikit je. Tutup kuali masa goreng tu so masak sekata.
Sayur pulak cik bom tumis kosong sayur sawi dan lada benggala.
No comments:
Post a Comment