Motivasi la pulak..kenala ada motivasi..Cik Bom rasa bersemangat sangat nak kurus ni sebabnya 1. Sebab nak usaha dapatkan zuriat. kang kalau dah obesiti, doktor bising. Nak buat rawatan pun mungkin sesangatlah doktor suruh dapatkan berat ideal dulu then baru mulakan rawatan. Jadi sebelum di kerah oleh doktor. Baiklah cik bom sedar sekarang..
No. 2 pulak, cik bom ni selalu in denial yg cik bom ni sudah XXL. Padahal baju seluar semua tak muat. Ada one time bila seluar jeans tak muat cik bom beralih kepada skirt labuh, sekarang ni skirt labuh tu pun cik bom dah tak muat. Cik bom pun malu nak beli baju dan seluar baru, bila mintak saiz XL pun ketat..dah la saiz paling besar XL..alahai..Baju plus saiz macam brand miss kehapatahnamanye tu mahal la pulak... Kalau ada sale kat Sogo tu, cik bom melopong je tengok baju saiz M, L melambak2 tapi setakat tengok je la kan...sadis..
No. 3. Tahun ni cik bom nak kekal sihat dan kurus untuk diri sendiri dan suami. Cik Bom kekadang suka la sangat online lingerie2 seksi dan kiut miut tu..nak beli kat kedai kang segan..xde saiz!!!..Online pun sama u...takde saiz cik bom!!! freesaiz tu hanya muat untuk mereka yang bersaiz paling besar pun L..haiyooooo..sedih cik bom!! takkan cik bom nak menggoda suami dgn baju kelawar bercorak batik itu..sungguh tak mengancam!!!
Yang penting cik bom sihat, hati pun tenang takde nak jeles2 wey dia anak 3 body cam anak dara...huhuhuhu
No comments:
Post a Comment