Wednesday, 9 March 2011

Masak - Memasak

Penting bukan semata-mata nak asah skill. Tapi bila masak kita boleh control penggunaan minyak, boleh buat pilihan yang pelbagai.

Bila cik bom tak bawak bekal, cik bom agak penin bila nak makan tengahari. Cik bom tak kisah makan nasi tapi lauk pauk tu yang susah nak pilih. Ada satu masa tu cik bom makan ikan bakar tiap2 hari. Sayur pulak ulang2 sayur campur. Tapi cik bom kadang2 kurang gemar sayur campur kat kedai sebab dah layu sangat. Itu yang kadang2 terbabas sayur lemak labu manis la, pajeri terungla..

Selain daripada ikan bakar cik bom memang tak lalu ler nak makan ikan masak lain. Lagi2 ikan asam rebus @ asam pedas. Cik bom takut hanyir.

Memasak ni bukan setakat sihat tapi memenuhi selera kita. Cik bom tak kisah makan sayur campur hari2 kalau masak sendiri. Tapi kepelbagaian tu penting. Hari ni letak telur, esok udang sikit, lusa isi ayam sikit, tulat kosong je. Kan tak bosan....

Cik bom tak malu makan bekal malah seronok lagi. Kawan2 dok tanya hari ni masak apeeeee??? hehehehe



No comments:

Post a Comment