Atau bahasa senang paham tenaga yang diperlukan dalam sehari @ apa yang cik bom kena makan dalam sehari.Sesiapa yang kenal Kevin Zahri bolehla google website dia dan tengok cara pengiraannya. Atau nak best lagi beli je ebook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu. Cik bom dah beli cuma tak amalkan je lagi.
Cik bom bagi contoh untuk perempuan. Pakai cik bom je la jadi contoh.
Umr cik bom : 30 tahun
Berat cik bom : 77kg
Tinggi cik bom : 158cm
Tahap aktiviti : Ringan (1.375) ini ada senarai dia, kita kira siapa nak diet ni buat aktiviti ringan je la
Mula2 kita kena kira BMR(Kadar Metabolisma Asas) kiraan untuk perempuan je ni:-
BMR =655 + (9.6 x berat dlm kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)
BMR cik bom = 655 + 739.2 + 284.8 - 141 = 1538 kalori
Lepas tu kira DCR (Keperluan Kalori Harian)
DCR = BMR x tahap aktiviti = 1538 x 1.375 = 2114.75 kalori
Bermakna keperluan tenaga cik bom hanya 2114.75 kalori sahaja sehari. Jadi cik bom kena lah monitor apa yang cik bom makan. Untuk kurus cik bom kena kurangkan kalori, samada kurangkan makan atau buang kalori tu melalui senaman.
Sebabkan cik bom ni jatuh dalam kategori yang 'kurang' bersenam. Maka cik bom kenalah kurang makan. Jadi cik bom nak set makan hanya 1500 kalori sehari. Habis tu apa yang cik bom boleh makan??? Nanti cik bom senaraikan makanan harian cik bom dan jumlah kalorinya..tu pun cik bom agak2 je..sebagai guideline..=)