Monday, 4 April 2011

Dah lama betul cik bom tak update. Elok je lepas baik dari batuk segala, cik bom dan suami dah mulakan rawatan untuk iui. Nanti cik bom cerita lebih lanjut k.

Sepanjang cik bom tak sihat ni. Cik bom masih kekalkan makan secara sihat. Masih memasak dan bawa bekal. Kadang2 makan kat luar juga. Dalam sebulan ni sekali cik bom makan McD. Time demam haritu. Tekak nak2 sangat makan. Tapi berger je. Kentang dan soft drink cik bom tak order.

Cik bom pun dah start membeli barang dapur kat NSK Selayang. Memang murah, cukup murah. Sayur2 banyak pilihan. Ayam, ikan daging semua ada. Yang best  lagi NSK ni 24 jam buka.

Cik Bom beli daun sup seikat besar (dah siap ikat) cuma RM1. Daun ketumbar seikat pun RM1. Senang kata semua murahlah. Tu yang lagi bersemangat nak masak!!!


Sunday, 20 March 2011

Cik Bom Sakit

Cik bom ni tak macam orang lain. Kalau sakit je tak lalu makan, tapi cik bom selera mencanak-canak. Siap boleh makan durian.


Dah 3 hari cik bom batuk2 dan sakit tekak. Cik bom pun dah 3 hari tak masak. Kalori cik bom memang dah burst. Dah hancur berkecai-kecai. Sedih cik bom.


Kalau dah baik, boleh la kawal selera balik. Fuh..moga2 cepat baik..dan hanya batuk2 biasa je



Wednesday, 16 March 2011

Menu 16/03/2011

Masak hari-hari ni buat kita buntu. Apa la nak masak hari ni ek?  Untuk elakkan pembaziran, cik bom cuma beli cukup2 je untuk seminggu lebih kurang. Hari isnin haritu cik bom pegi pasar malam beli ikan kerisi 2 ekor, ikan cencaru sekor, ikan tamban saiz sederhana 4 ekor. Cik bom beli ikan je sebab nak kurangkan makan ayam...huhuhuhu..sedap tu makan ayam....huhuhu..humang ai..


Malam semalam cik bom dah siap masak semua nasi ngan lauk. Pagi cuma panaskan dan masak sayur je. Tapi semalam cik bom dah penin nak breakfast apa..So, dalam mamai-mamai pagi tadi cik bom masak je la bubur oats dan sayur2 untuk breakfast. Tapi kali ni bubur oats tu cik bom letak daging sikit dan sayur brokoli dan lobak.


Lauk tengahari ni lauk pebret suami cik bom. Kesian dia dah lama tak makan lauk ni. Cencaru belah belakang!!! Cik bom tumis sambal sampai kering sikit lepastu sumbat je dalam cencaru. Ikan tu goreng dengan minyak sikit je. Tutup kuali masa goreng tu so masak sekata.


Sayur pulak cik bom tumis kosong sayur sawi dan lada benggala.



Tuesday, 15 March 2011

Setelah 2 minggu

Cik bom mulakan blog ni pada 02/03/2011. Maksudnya dah nak masuk minggu ke -3 usaha cik bom makan secara sihat untuk kekal sihat. Kalau awal2 dulu cik bom hanya bawak bekal breakfast je, tapi slow2 cik bom dah bawak bekal untuk makan tengahari.

Last week kebanyakkan lunch cik bom masak simple2 je. Selalunya cik bom masak spegeti sebab senang, campak je semua sekali. So minggu ni cik bom tukar menu. Tengahari dah start masak nasi. Cik bom lupalah pulak hari isnin cik bom masak apa. Itu yg kena hari2 update sebenarnya...:(

Ha! da ingat!! pagi cik bom bawak scrambled eggs letak mushroom, cili benggala dan cili merah dan sekeping cheese. Tengahari pulak cik bom makan bubur nasi sikit dan tart telur sebiji.

Okeh, semalam pagi cik bom makan kuih gulung berinti daging 2 keping. Besar jugakla portion kuih tu. Pastu tengahari cik bom masak ikan kerisi masak asam rebus dan sayur sawi goreng. Hari ni untuk breakfast cik bom bawak salad dan ayam makan dengan roti wholmeal sekeping. Ada snack apam pisang 3 ketul dan lunch cik bom ikan goreng kecik 2 ekor dan sayur bayam masak air.

Best wo makan hasil masakan sendiri. Puas hati gitu.. Moga kekal gigih memasak hari2.. go cik bom go!!!



Berat Terkini Cik Bom

Alhamdulillah berat cik bom sekarang 76 kg. Turun lagi 1 kg dalam masa 10 hari lebih kurang. Seb baik turun, cik bom ingatkan naik sebabnya cik bom melantak besar2an weekend haritu.


Masih ada lagi 2 kg cik bom kena kurangkan untuk achive target jangkamasa pendek. Lepas capai berat 74kg, cik bom akan usaha pula untuk turunkan sehingga 70kg. Sikit2 lama2 jadi bukit. Biar sikit2 turun lama2 dapatlah berat yang kita nak tu. InsyaAllah...

Wednesday, 9 March 2011

Menu Pagi & Tengahari 10/03/2011

Macam biasalah pagi cik bom makan oats. Hari ni cik bom masak ala2 bubur ayam. Campur sikit lobak dan brokoli. Dah banyak hari cik bom makan oats ni, akhirnya cik bom dapat adjust tekak cik bom. Makan pun laju je. Kena buat cair sikit. jangan pekat sangat. Tu yang cik bom boleh makan la..=)


Untuk lunch cik bom masak spegeti olio bersama udang dan sayur-sayuran. Sayur cik bom letak cendawan butang, lobak, kacang peas dan lada benggala. Alhamdulillah, kenyang..


Nescafe O secawan dari pagi. Kang jap lagi nak buat lagi secawan makan dengan cream creaker 2 keping. Sekian.

Masak - Memasak

Penting bukan semata-mata nak asah skill. Tapi bila masak kita boleh control penggunaan minyak, boleh buat pilihan yang pelbagai.

Bila cik bom tak bawak bekal, cik bom agak penin bila nak makan tengahari. Cik bom tak kisah makan nasi tapi lauk pauk tu yang susah nak pilih. Ada satu masa tu cik bom makan ikan bakar tiap2 hari. Sayur pulak ulang2 sayur campur. Tapi cik bom kadang2 kurang gemar sayur campur kat kedai sebab dah layu sangat. Itu yang kadang2 terbabas sayur lemak labu manis la, pajeri terungla..

Selain daripada ikan bakar cik bom memang tak lalu ler nak makan ikan masak lain. Lagi2 ikan asam rebus @ asam pedas. Cik bom takut hanyir.

Memasak ni bukan setakat sihat tapi memenuhi selera kita. Cik bom tak kisah makan sayur campur hari2 kalau masak sendiri. Tapi kepelbagaian tu penting. Hari ni letak telur, esok udang sikit, lusa isi ayam sikit, tulat kosong je. Kan tak bosan....

Cik bom tak malu makan bekal malah seronok lagi. Kawan2 dok tanya hari ni masak apeeeee??? hehehehe



Tuesday, 8 March 2011

Menu Tengahari 09/03/2011

Bekal cik bom kali ni sup cendawan buat sendiri di cecah roti wholemeal bakar dengan sapuan bawang putih. Menu cam orang putih panjang giler contoh cenggini chicken grilled stuffed with mix prawn and wild mushroom and black pepper sauce with blanched baby carrot and tomato with extra virgin olive oil. Hambik kau..makan ayam bakar ngan sayur campur je sebenarnya tapi nak mention segala bagai ingredient ...huhuhu

Cik Bom tak pasti berapa kalori yang ada dalam sup cendawan tapi kat google tulis 130 kalori.

Tapi bahan2 yang cik bom guna hanya sedikit olive oil untuk tumis bawang (separuh sederhana), 5 biji cendawan butang, tepung gandum dalam 4 sudu dan 1/2 cawan susu segar rendah lemak, air, garam, blackpepper dan perasa. Rasanya tak tinggi sangat kalori tu.

2 keping wholemeal bakar dan sapuan mentega berbawang putih dalam 2 sudu agak2 dalam 250 kalori.


Jumlah kalori cik bom tengahari ni adalah +-450 kalori.


Sebabnya ada sikit leftover breakfast spegeti cik bom dalam 5 sudu...hehehehe



Menu Pagi 09/03/2011

Pagi ni cik bom masak spegeti sotong bersos tomato. Untuk lebih sihat cik bom guna 2 biji buah tomato segar sebagai sos. Sayur cik bom masukkan lada benggala dan cendawan butang.


Spegeti ni pun sumber karbo. Sebab cik bom diet kira kalori bukan diet atkins so tak kisahlah makan karbo kan.


Anggaran kalori spegeti pagi tadi dalam 500 kalori.Banyak tu...


Sebab semalam dalam pukul 4.00 petang cik bom lapar yang amat. Malam terpaksa makan heavy sikit cik bom masak ayam bakar dan sayur campur. Itu yang pagi ni cik bom makan yang berat sikit. As long as kalori cik bom tak lebih still ok lagi kot.




Monday, 7 March 2011

Menu Tengahari 08/03/2011

Bila mood cik bom rajin memang bawak bekal lah hari-hari.

Hari ni cik bom buat sandwich daging bege ayam. Daging bege tu cik bom masak sendiri. Tak beli jenama ramly ke alimamak ke..

Jumlah kalori

Roti whole meal 2 keping : 150

Daging bege tu agak2 dalam : 150

Tomato sebijik kecil dan salad dalam segenggam : 50

Satu sudu mayonis : 100 kalori (huhuhu..tak berbaloi)

Jumlah kalori : 450

So next time buat sandwich tak mo letak mayonis lak..slow2 baby step kita tukar ok..






Kan orang dah cakap

Kan jenet kan..kan..kan

Itu ler, tak nyabor2 tak nyempat2

Bukan ape, ari ni cik bom gi timbang berat..padahal dah janji ngan diri sendiri timbang seminggu sekali

Memang le tak bergerak-gerak jarum tu macam naik sikit pun ada

Dah..dah..lupakan itu semua cik bom..

Fokus..jangan sampai hilang fokus...

Jumaat ni baru cik bom timbang lagi...uhuk..





Menu Pagi 08/03/2011 : Oats lagi


Ni bekal cik bom pagi tadi. 5 sudu besar oats masak sampai kembang sikit taruk susu dutch lady then tabur dengan potongan epal yang telah dimasak dengan sedikit gula dan raisins.

Bau wangi macam biskut oats.

Tapi makan macam tak puas.

Tekak nak yang masin dan pedas..

Takpe demi badan sihat cik bom sanggup berkorban..

Huhhuhu..sedih...tengok orang lain makan nasi lemak..

Telan air liur je la...gulp..





BMI Cik Bom

BMI cik bom

        Berat (kg) 
Tinggi (m) kuasa dua

= 30.84 (Obesiti)

Kalau berat badan normal mesti kurang dari 25.00

Maksudnya berat cik bom kena dalam lingkungan 60kg baru dikatakan berat ideal

Maksudnya cik bom kena kurangkan lagi 17 kg

Cik bom nak kurangkan 2 kilo pun susah....hohohoho holick..

huhuhuhu...huhujan

Sekarang2 nya mau 5 bulan kena kekal cara hidup sihat barulah kot nampak perubahan!!!

Jangan putus asa cik bom!!

Go cik bom go!!




Oats Lagi

Tadi cik bom google la forum2 resepi oats ni..Nampak gayanya tak berapa nak sihatla resepi cik bom selama ni. Macam pagi tadi. Cik bom makan bubur oats dengan sambal ikan bilis. Masalahnya ikan bilis tu berkolesterol tinggi.


Okeh , lepas ni tukar. Boleh la nak makan tapi sikit je buat rencah je...Okeh esok tukar menu oats dengan susu!!

Cik Bom Pun Makan Nasi

Ate tekak melayu dik non..mau mati kempunan cik bom kalau tak makan nasi. Tapi cik bom tak adelah makan nasi sampai 3 kali sehari.

Tengahari tadi cik bom makan:-

Nasi putih 1 senduk : 100 kalori

Ayam masak cili padi : 250 kalori

Sayur pucuk manis masak lemak  : 100 kalori

Sambal ikan bilis : 50 kalori

Total kalori : 500 kalori

masih boleh dikurangkan dengan makan dengan pilihan yang lebih sihat. Takpe, esok cik bom tukar menu yang lebih sihat. Sekian.



Sunday, 6 March 2011

Cik Bom Suka Oats

Cik bom dah pasang niat. Busuk-busuk cik bom kena makan 3 kali seminggu. Selain daripada breakfast yang sihat. Oats ni boleh jaga jantung dan kurangkan kolesterol. Tapi cik bom tak minat kalau bancuh dengan susu..kembang tekak cik bom.

Resepi Bubur Oats Cik Bom.

Panaskan air. Masukkan isi ayam atau daging. Biar empuk sekejap. Lepastu masukkan oats dan lobak @ kentang @ bunga kobis @ brokoli @ ikut suka korang la nak letak apa.  Letak garam dan perasa sikit barula tak tawar sangat rasa oats kita.

Nak lagi membuka selera cik bom, kalau cik bom rajin cik bom tumis sayur campur letak telur.

Tapi hari ni cik bom beli sambal ikan bilis kat akak jual nasi lemak sebelah monorel tu. Oh sedap sungguh oats cik bom berlauk sambal tumis ikan bilis!!!!

Kalu cenggini, 3 mangkuk oats pun habis...ahaks!!



Thursday, 3 March 2011

Berapa banyakkan kalori cik bom perlukan sehari?

Atau bahasa senang paham tenaga yang diperlukan dalam sehari @ apa yang cik bom kena makan dalam sehari.Sesiapa yang kenal Kevin Zahri bolehla google website dia dan tengok cara pengiraannya. Atau nak best lagi beli je ebook Panduan Kurangkan 5kg Dalam 5 Minggu. Cik bom dah beli cuma tak amalkan je lagi.

Cik bom bagi contoh untuk perempuan. Pakai cik bom je la jadi contoh.

Umr cik bom : 30 tahun 

Berat cik bom : 77kg

Tinggi cik bom : 158cm

Tahap aktiviti : Ringan (1.375) ini ada senarai dia, kita kira siapa nak diet ni buat aktiviti ringan je la

Mula2 kita kena kira BMR(Kadar Metabolisma Asas) kiraan untuk perempuan je ni:-

BMR =655 + (9.6 x berat dlm kg) + (1.8 x tinggi dalam cm) - (4.7 x umur dalam tahun)

BMR cik bom = 655 + 739.2 + 284.8 - 141 = 1538 kalori

Lepas tu kira DCR (Keperluan Kalori Harian)
DCR = BMR x tahap aktiviti = 1538 x 1.375 = 2114.75 kalori


Bermakna keperluan tenaga cik bom hanya 2114.75 kalori sahaja sehari. Jadi cik bom kena lah monitor apa yang cik bom makan. Untuk kurus cik bom kena kurangkan kalori, samada kurangkan makan atau buang kalori tu melalui senaman.


Sebabkan cik bom ni jatuh dalam kategori yang 'kurang' bersenam. Maka cik bom kenalah kurang makan. Jadi cik bom nak set makan hanya 1500 kalori sehari. Habis tu apa yang cik bom boleh makan??? Nanti cik bom senaraikan makanan harian cik bom dan jumlah kalorinya..tu pun cik bom agak2 je..sebagai guideline..=)




 


Cik Bom jalan kaki

Takdela jalan kaki sampai ofis..Cik Bom jalan kaki dari rumah ke bus stop yang jaraknya kira 10-15 minit jalan sederhana laju. Cik Bom nak jalan laju2 kang orang pelik. Pehal minah berbaju kurung yang sepatutnya ayu itu berjalan macam dikejar hantu...ha.hahahaha..hantu penanggal...


Sebelum ni cik bom naik bas dari depan rumah pergi ke next stop pastu tukar bas ke ofis. Buat 2 kali kerja, sanggup tu..tapi tu cerita dulu..sekarang sudah tukar..Kasikla peluh2 yang dah kekal dalam badan tu pecah sikit..Jangan dibiarkan ia bermaharajalela!!!


Balik pun sama instead of cik bom tunggu bas sampai 1/2 jam depan ofis. Cik Bom jalan jauh sikit ambik bas laluan lain yang menghala ke rumah cik bom. Tapi time balik tu kadang2 je. Selalunya suami cik bom ambik. Bagi cik bom, sikit2 lama2 jadi bukit. Biar exercise sikit dari takde. Biarlah kalori tu terbakar sikir dari tak bakar apa2..



Apa Motivasi Cik Bom?

Motivasi la pulak..kenala ada motivasi..Cik Bom rasa bersemangat sangat nak kurus ni sebabnya 1. Sebab nak usaha dapatkan zuriat. kang kalau dah obesiti, doktor bising. Nak buat rawatan pun mungkin sesangatlah doktor suruh dapatkan berat ideal dulu then baru mulakan rawatan. Jadi sebelum di kerah oleh doktor. Baiklah cik bom sedar sekarang..


No. 2 pulak, cik bom ni selalu in denial yg cik bom ni sudah XXL. Padahal baju seluar semua tak muat. Ada one time bila seluar jeans tak muat cik bom beralih kepada skirt labuh, sekarang ni skirt labuh tu pun cik bom dah tak muat. Cik bom pun malu nak beli baju dan seluar baru, bila mintak saiz XL pun ketat..dah la saiz paling besar XL..alahai..Baju plus saiz macam brand miss kehapatahnamanye tu mahal la pulak... Kalau ada sale kat Sogo tu, cik bom melopong je tengok baju saiz M, L melambak2 tapi setakat tengok je la kan...sadis..


No. 3. Tahun ni cik bom nak kekal sihat dan kurus untuk diri sendiri dan suami. Cik Bom kekadang suka la sangat online lingerie2 seksi dan kiut miut tu..nak beli kat kedai kang segan..xde saiz!!!..Online pun sama u...takde saiz cik bom!!! freesaiz tu hanya muat untuk mereka yang bersaiz paling besar pun L..haiyooooo..sedih cik bom!! takkan cik bom nak menggoda suami dgn baju kelawar bercorak batik itu..sungguh tak mengancam!!!


Yang penting cik bom sihat, hati pun tenang takde nak jeles2 wey dia anak 3 body cam anak dara...huhuhuhu



Cik Bom teringin makan benda2 manis

Cik Bom bukanlah penggemar benda2 manis. Cam omputih cakap tu..pe..sweet tooth!!!

Tapi apa yang Cik Bom notice bila kita dalam mode diet ni kita akan teringin2 sangat makan benda2 yang manis..Tiba2 Cik Bom nak makan tiramisu lah..Kek coklatlah...Tapi yang paling susah sekali bila teringin nak minum air manis..Jap2 tekak cik bom ni meronta2 untuk dibasahi air nescafe @ milo kaw punyerrrr..

Memang susah tahap kesatria baja hitam nak avoid air manis2 ni. Ok, pagi minum secawan, kang dalam pukul 3 minum lagi secawan. pastu malam secawan lagi. Belum masuk lagi sebelum keluar rumah pagi2 tu cik bom minum jus dulu secawan. tapi jus tu kira ok la kan...

Tapi apa2 pun, cik bom cuma pegang satu je..sederhana..kalau buat secawan nescafe minum cuma 1/2 atau 2/3 je..kalau kat ofis minum 1/2 cawan masa panas..bila dah sejuk dah tak lalu..

Air masak of course la kena minum banyak..cik bom minum dalam 1.5L - 2.0L sehari..kencing pun banyak..




Wednesday, 2 March 2011

Berat Cik Bom

Dengan rasminya cik bom istiharkan berat cik bom dalam kg tanpa rasa segan silu dan ngilu

77 kg uoalllsssss

Seb baik tak 80 kg

Target cik bom nak kasik cecah 70kg

Tu long term la

Yang short term punya cik bom nak berat 74 kg dan berjaya mentenkan dan seterusnya capai target yang 70kg tu

So, sekarang ni cik bom kena turunkan lagi 3kg

3kg tu tak banyakla

Beras pun 5 kg seguni





Apa Cik Bom Makan Hari Ni???

Hari ni cik bom masak resepi baru. Bubur nasi + oats berperisa ayam dan sayur2an. Supaya cik bom tak muak makan bubur oats itu, cik bom gandingkan dengan sayur campur ada udang + sotong sikit..well balance maaaa...


Pagi tgahari makan benda yang sama...Sedap je..Kejap lagi cik bom timbang berapa berat cik bom sekarang..rasanya ada cecah 80kilo..kalau timbang kati tak taulah pulak berapa berat cik bom ni...:(


BMI cik bom sah-sahlah dah pergi ke tahap obesiti...:(


Gemok tak santekla cik bom!!

Kalau kecik sikit mesti santek!!

Cik bom nak kelihatan cantik di mata suami cik bom!!

Suami cik bom da bising!!!

Huwaaaaa....mencik!!!




Hoyeh

1st day cik bom berblog pasal nak kurus ni..asyik membesar je tiap tahun..ponat den...mulai saat ini..tika ini dah seterusnya kuatkan la semangat cik bom nak hidup sehat.

Go cik bom go!!!