Monday, 4 April 2011

Dah lama betul cik bom tak update. Elok je lepas baik dari batuk segala, cik bom dan suami dah mulakan rawatan untuk iui. Nanti cik bom cerita lebih lanjut k.

Sepanjang cik bom tak sihat ni. Cik bom masih kekalkan makan secara sihat. Masih memasak dan bawa bekal. Kadang2 makan kat luar juga. Dalam sebulan ni sekali cik bom makan McD. Time demam haritu. Tekak nak2 sangat makan. Tapi berger je. Kentang dan soft drink cik bom tak order.

Cik bom pun dah start membeli barang dapur kat NSK Selayang. Memang murah, cukup murah. Sayur2 banyak pilihan. Ayam, ikan daging semua ada. Yang best  lagi NSK ni 24 jam buka.

Cik Bom beli daun sup seikat besar (dah siap ikat) cuma RM1. Daun ketumbar seikat pun RM1. Senang kata semua murahlah. Tu yang lagi bersemangat nak masak!!!


Sunday, 20 March 2011

Cik Bom Sakit

Cik bom ni tak macam orang lain. Kalau sakit je tak lalu makan, tapi cik bom selera mencanak-canak. Siap boleh makan durian.


Dah 3 hari cik bom batuk2 dan sakit tekak. Cik bom pun dah 3 hari tak masak. Kalori cik bom memang dah burst. Dah hancur berkecai-kecai. Sedih cik bom.


Kalau dah baik, boleh la kawal selera balik. Fuh..moga2 cepat baik..dan hanya batuk2 biasa je



Wednesday, 16 March 2011

Menu 16/03/2011

Masak hari-hari ni buat kita buntu. Apa la nak masak hari ni ek?  Untuk elakkan pembaziran, cik bom cuma beli cukup2 je untuk seminggu lebih kurang. Hari isnin haritu cik bom pegi pasar malam beli ikan kerisi 2 ekor, ikan cencaru sekor, ikan tamban saiz sederhana 4 ekor. Cik bom beli ikan je sebab nak kurangkan makan ayam...huhuhuhu..sedap tu makan ayam....huhuhu..humang ai..


Malam semalam cik bom dah siap masak semua nasi ngan lauk. Pagi cuma panaskan dan masak sayur je. Tapi semalam cik bom dah penin nak breakfast apa..So, dalam mamai-mamai pagi tadi cik bom masak je la bubur oats dan sayur2 untuk breakfast. Tapi kali ni bubur oats tu cik bom letak daging sikit dan sayur brokoli dan lobak.


Lauk tengahari ni lauk pebret suami cik bom. Kesian dia dah lama tak makan lauk ni. Cencaru belah belakang!!! Cik bom tumis sambal sampai kering sikit lepastu sumbat je dalam cencaru. Ikan tu goreng dengan minyak sikit je. Tutup kuali masa goreng tu so masak sekata.


Sayur pulak cik bom tumis kosong sayur sawi dan lada benggala.



Tuesday, 15 March 2011

Setelah 2 minggu

Cik bom mulakan blog ni pada 02/03/2011. Maksudnya dah nak masuk minggu ke -3 usaha cik bom makan secara sihat untuk kekal sihat. Kalau awal2 dulu cik bom hanya bawak bekal breakfast je, tapi slow2 cik bom dah bawak bekal untuk makan tengahari.

Last week kebanyakkan lunch cik bom masak simple2 je. Selalunya cik bom masak spegeti sebab senang, campak je semua sekali. So minggu ni cik bom tukar menu. Tengahari dah start masak nasi. Cik bom lupalah pulak hari isnin cik bom masak apa. Itu yg kena hari2 update sebenarnya...:(

Ha! da ingat!! pagi cik bom bawak scrambled eggs letak mushroom, cili benggala dan cili merah dan sekeping cheese. Tengahari pulak cik bom makan bubur nasi sikit dan tart telur sebiji.

Okeh, semalam pagi cik bom makan kuih gulung berinti daging 2 keping. Besar jugakla portion kuih tu. Pastu tengahari cik bom masak ikan kerisi masak asam rebus dan sayur sawi goreng. Hari ni untuk breakfast cik bom bawak salad dan ayam makan dengan roti wholmeal sekeping. Ada snack apam pisang 3 ketul dan lunch cik bom ikan goreng kecik 2 ekor dan sayur bayam masak air.

Best wo makan hasil masakan sendiri. Puas hati gitu.. Moga kekal gigih memasak hari2.. go cik bom go!!!



Berat Terkini Cik Bom

Alhamdulillah berat cik bom sekarang 76 kg. Turun lagi 1 kg dalam masa 10 hari lebih kurang. Seb baik turun, cik bom ingatkan naik sebabnya cik bom melantak besar2an weekend haritu.


Masih ada lagi 2 kg cik bom kena kurangkan untuk achive target jangkamasa pendek. Lepas capai berat 74kg, cik bom akan usaha pula untuk turunkan sehingga 70kg. Sikit2 lama2 jadi bukit. Biar sikit2 turun lama2 dapatlah berat yang kita nak tu. InsyaAllah...